Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan yang berikutnya.
Setiap kali perayaan Hari Guru disambut pada 16 Mei, salah satu acara
kemuncak yang menjadi simbol penghargaan kepada jasa pendidik ialah
penganugerahan Tokoh Guru Kebangsan. Anugerah yang mula diperkenal pada
1972 itu juga lambang pengiktirafan kerajaan terhadap pengorbanan,
kewibawaan serta sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan. Bagi
melambangkan kemurnian jasa guru dan mencerminkan ia seteguh emas,
pingat yang dianugerah direka khas dengan ciri menarik berwarna keemasan
dan bernilai kira-kira RM2000.
Sehingga tahun 2000, seramai 102 pendidik sudah dianugerahkan pingat
tersebut. Antara kriteria pemilihan ialah calon mempunyai rekod
perkhidmatan yang cemerlang di bilik darjah, sumbangan cemerlang kepada
bidang keguruan, kegiatan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah serta
khidmat masyarakat.
Dari segi syarat pemilihan calon Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan
pula, mereka hendaklah warganegara Malaysia, pernah berkhidmat sebagai
guru, guru besar, pengetua, pensyarah atau pentadbir dalam perkhidmatan
pendidikan, sudah dianugerahkan Tokoh Guru peringkat negeri, berumur 50
tahun ke atas sama ada masih berkhidmat, sudah bersara atau sudah
meninggal dunia.
Setakat ini tahun paling ramai menerima anugerah ialah pada Hari
Guru tahun 1977 iaitu seramai tujuh orang. Barisan penerima sulung
anugerah itu ialah Zainun Munshi Sulaiman, Mohd Nor Ahmad, Ting Pin
Sung, A V Perumal dan Tan Chong Bee. Pada tahun lalu Tokoh Guru
Kebangsaan dianugerahkan kepada Tawi Yaakub, Cheng Yong Kong, Nik Faizah
Mustaffa, Abd.Ghani Wahab dan Dr.Seenivasagam Muthukumar Poniah.
Pada tahun 2001 ini, lima lagi penerima Anugerah Tokoh Guru
Kebangsaan bakal diumumkan di majlis perasmian Hari Guru di Dewan Seri
Negeri Melaka yang bakal disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri.
Seterusnya penganugerahan lain yang bakal disampaikan nanti ialah
Anuerah Sekolah Harapan Negara, Anugerah Guru Inovatif serta Anugerah
Guru Cemerlang Pendidikan Khas.
1. Pada tahun berapakah penerima paling ramai Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan?
A. 1972
B. 1977
C. 2000
D. 2001
2. Antara berikut, yang manakah antara penerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan
pada tahun 2000?
A. YAB Perdana Menteri
B. Zainun Munshi Sulaiman
C. Mohd Nor Ahmad
D. Nik Faizah Mustaffa
3. Semua penyataan berikut adalah syarat-syarat yang diperlukan bagi seseorang
yang akan dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan kecuali......
A. Berusia lima puluh tahun ke bawah
B. Mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang
C. Pernah bertugas dalam perkhidmatan pendidikan
D. Pernah menerima anugerah tokoh guru peringkat negeri.
4. Perkataan penganugerahan dalam petikan di atas bermaksud........
A. pengurniaan
B. penyerahan
C. penerimaan
D. pengagihan
5. Apakah tujuan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan diadakan?
A. Sebagai menandakan acara kemuncak perayaan Hari Guru
B. Sebagai simbol penghargaan kepada jasa seseorang pendidik.
C. Untuk menyampaikan pingat yang berwarna keemasan kepada
guru-guru.
D. Untuk menandakan perasmian pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT
BANJIR
-
*KENYATAAN MEDIAYAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA*
*PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULASESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT
BANJIR*
Sepertimana semua pih...
9 years ago
3 comments:
satu blog yang sangat memanfaatkan kepada murid dan juga guru yang mengajar bm, tahniah
Maklumat yang memanfaatkan, terima kasih cikgu.
latihan pemahaman yang baik untuk pelajar.
Post a Comment